Hari Habitat Sedunia

Hari Habitat Sedunia mula disambut oleh UN-HABITAT bermula tahun 1986. Objektif sambutan Hari Habitat Sedunia adalah seperti berikut :

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa;
  2. Hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa; dan
  3. Mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia.


Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Setiap negara ahli digalakkan untuk menyambut Hari Habitat Sedunia di negara masing-masing dengan menganjurkan aktiviti atau program yang selari dengan objektif. Sambutan peringkat global atau World Habitat Day Observane akan diaturkan oleh UN-HABITAT di satu atau dua buah negara yang terpilih setiap tahun.


Hari Habitat Sedunia disambut di Malaysia diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku National Focal Point bagi UN-HABITAT di Malaysia. Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat adalah urus setia bagi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun (http://habitat.kpkt.gov.my/)


Tema Hari Habitat Sedunia Bagi 10 Tahun Kebelakangan ini:

2000 – Women in Urban Governance

2001 – Cities without Slums

2002 – City-to-City Cooperation

2003 – Water and Sanitation for Cities

2004 – Cities – Engines of Rural Development

2005 – Millennium Development Goals and the Cities

2006 – Cities, magnet of hope

2007 – Safe City is a just city

2008 – Harmonious Cities

2009 – Planning Our Urban Future

2010 – Better City, Better Life

0 comments: