Ceramah Anti Dadah Peringkat Sekolah

Ceramah Anti Dadah merupakan salah satu pengisian majlis sekolah sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun 2010. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 08hb November 2010 dengan dihadiri oleh wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sandakan. Ceramah jemputan yang bertauliah telah menyampaikan pelbagai isu yang berkaitan dengan Dadah. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada para pelajar berkaitan dengan dadah dan mengetengahkan impak atas pengunaan dadah. Secara tidak langsung, ceramah ini berguna kepada para pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan isu dadah dan bahaya pengunaan dadah.




Penceramah Jemputan Menyampaikan Ceramah Berkaitan Dengan Dadah





Pelajar-pelajar Sekolah yang Memeriahkan Majlis Ceramah Tersebut





Pihak Guru-guru yang Datang Mendengar Ceramah dan Memberikan Sokongan Semasa Ceramah Berjalan





Pameran – Jenis-jenis Dadah dan Poster Banner Bahaya Gejala Dadah


Penyampaian Cenderahati Kenang-kenangan Kepada Wakil Penceramah

0 comments: