Lawatan Timbalan Menteri Pelajaran - YB Dr. Haji Puad Bin Zarkashi

Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr Haji Puad Bin Zarkashi pada 2 November 2010. Lawatan ini juga bukan sahaja khusus kepada sekolah Sk. Gas, Sandakan tetapi juga untu Sk. Bahagia, Sandakan. Lawatan beliau memberikan makna yang mendalam kepada sekolah kedua-dua buah sekolah ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat berucap dengan menyentuh isu-isu sekolah ini antaranya ialah berkenaan dengan makmal komputer yang sudah siap namum tidak beroperasi. Beliau memaklumkan kepada Guru Besar En. Juani Bin Lius bahawa penyelenggaraan makmal komputer akan dilakukan dalam masa dua minggu selepas tarikh lawatan. Pengumuman ini begitu bermakna kepada pihak sekolah khususnya para pelajar yang seharusnya didedahkan kepada ICT.

Dalam lawatan ini juga, YB Dr Haji Puad Bin Zarkashi berkesempatan melawat beberapa kawasan di sekolah ini terutama sekali makmal komputer yang terbengkalai dengan iringan Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan KTBM. Sekolah ini berharap agar pihak Kementerian Pelajaran dapat merealisasikan impian sekolah untuk mengaplikasikan ICT dengan jayanya untuk masa hadapan.





Kehadiran YB Disambut Mesra Oleh Pelajar, Guru-guru, dan KTBM



Majlis Dimulakan dengan Bacaan Doa Oleh Ustaz Mohd Nasir Bin Hassan



Ucapan Daripada Guru Besar Sekolah, En. Juani Bin Lius dan Disusuli dengan Ucapan oleh YB Dr. Haji Puad Bin Zarkashi




Hadirin yang Mendengar Ucapan daripada Timbalan Menteri Pelajaran



Wakil Sekolah Sk. Gas, Sandakan



Wakil Sekolah Bahagia, Sandakan



Penyerahan Cek Takaful KGKS kepada Isteri Allahyarham En. Mohd Dani Mohd Yassin







YB Berkesempatan untuk Meninjau Keadaan Makmal Sekolah sebelum Meneruskan Lawatan Ke Kawasan Lain

0 comments: